SEMARAK MERDEKA 160808 Pt 2

 
PERARAKAN BERMULA.. Inilah antara anak2 yang dilahirkan pada 31 Ogos tarikh keramat yang memberi makna yang besar pada rakyat MALAYSIA.
NUR AMALIA KHADIJAH MOHD ADAM 5.06 ptg 31 OGOS 2004

BERBARIS SEBELUM UPACARA PEMOTONGAN KEK BERSAMA SEMUA ANAK MERDEKA......Lihatlah anak2 ini bendera sentiasa berada ditangan...SEMANGAT KEMERDEKAAN kuat walaupun mereka masih belum memahami erti kemerdekaan yang sebenar.

SABAR MENANTI... Bilalah kek BENDERA ni nak dipotong..lambat la...perut dah lapar ni .....












SEMPAT BERGAMBAR...Antara kenangan yang tak dapat dilupakan.. bersama pemimpin...InsyaAllah..satu hari nanti mungkin anak2 ini bakal mengambil tempat pemimpin2 negara KITA.

KENANGAN TERINDAH... Tarikh lahir kami sama, cuma masa yang berbeza..tapi hari ini kami ditemukan buat kali pertama bagi tujuan yang sama ..MERAIKAN KEMERDEKAAN..Terima kasih pada mereka yang menganjurkan... Mungkin pertemuan ini merupakan permulaan.. TERIMA KASIH DAUN KELADI, INSYAALLAH TAHUN MENDATANG BERJUMPA LAGI...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perarakan SEMARAK MERDEKA 16082008

Assalamualaikum & salam sejahtera. MERDEKA dalam pemikiran anak2 kecil mungkin adalah satu hari dimana adanya pesta keramaian dihiasi BENDERA yang berbagai saiz dan merupakan hari cuti bagi mereka.
MERDEKA dengan ertikata dan maksud yang sebenar perlu disemai dalam pemikiran anak-anak ini, tambahan pula mereka dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos.
BENDERA MALAYSIA (JALUR GEMILANG) - Ibu bapa memikul tanggungjawab menyemai rasa kasih terhadap bendera, memperkenalkan selanjutnya menerangkan fungsinya kepada anak-anak. 

Keprihatinan ditunjukkan dengan cara mengibarkan bendera di rumah terutama menjelang Bulan Kemerdekaan. Sekurang-kurangnya anak-anak sedia mengenali fungsi dan kepentingan bendera sebelum memasuki alam persekolahan. .
Mengibarkan JALUR GEMILANG dapat menimbulkan rasa hormat menerbitkan sayang dan cinta kepada negara MALAYSIA.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS