Perarakan SEMARAK MERDEKA 16082008

Assalamualaikum & salam sejahtera. MERDEKA dalam pemikiran anak2 kecil mungkin adalah satu hari dimana adanya pesta keramaian dihiasi BENDERA yang berbagai saiz dan merupakan hari cuti bagi mereka.
MERDEKA dengan ertikata dan maksud yang sebenar perlu disemai dalam pemikiran anak-anak ini, tambahan pula mereka dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos.
BENDERA MALAYSIA (JALUR GEMILANG) - Ibu bapa memikul tanggungjawab menyemai rasa kasih terhadap bendera, memperkenalkan selanjutnya menerangkan fungsinya kepada anak-anak. 

Keprihatinan ditunjukkan dengan cara mengibarkan bendera di rumah terutama menjelang Bulan Kemerdekaan. Sekurang-kurangnya anak-anak sedia mengenali fungsi dan kepentingan bendera sebelum memasuki alam persekolahan. .
Mengibarkan JALUR GEMILANG dapat menimbulkan rasa hormat menerbitkan sayang dan cinta kepada negara MALAYSIA.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Perarakan SEMARAK MERDEKA 16082008"