WAHAI DIRI.......

Wahai diri ingatlah...!
Lidah seorang yg bijak, berada di belakang hatinya,
namun lidah pendusta, berada didepan hatinya,
"Itulah sebabnya orang bijak,akan selalu memikirkan ,
setiap kata yang akan diucapkan.lebih baik mulut diam,
jika tiada hikmah nak diungkapkan.
Wahai diri ingatlah...!
Kadang kala.... kita dilahirkan dalam,keadaan fakir miskin,
kerana Tuhan menghendaki,kita belajar bersemangat,
pantang mundur dan berlatih keberanian diri,
menitip wangian kesabaran,memiliki mutiara ketakwaan.
Wahai diri ingatlah...!
Sahabat yang beriman ,ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia,bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati,menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia,membawa kita ke jalan Tuhan.menyuluhi kita jalan kebenaran.
Wahai diri ingatlah....!
Apabila ada orang lain,yang bersikap sombong,dan menghina, kita akan lebih mulia, apabila kita menjadi, orang yang selalu memaafkan. kita kan lebih hebat,apabila kita menjadi,orang yang lebih bertakwa.
Wahai diri ingatlah...!
"Cita-cita menghendaki perjuangan, perjuangan menghendaki pengorbanan, pengorbanan menghendaki ketabahan.ketabahan memerlukan keredhaan, keredhaan memerlukan kecintaan. kecintaan memerlukan ketakwaan, ketakwaan untuk Allah tulus suci,Allah yang pengasih sentiasa memerhati, Allah yang penyayang sentiasa menghitungi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "WAHAI DIRI......."