DEMAM DENGGI 1 FAMILY
31.1.2015 sah POSITIF DENGGI
Mula warded 1.1.2015 setelah disahkan POSITIF DENGGI di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi pada 31.12.2014
Day 2 : Ward 7D ..ramai yang kena Denggi sekitar Daerah Hulu Langat sampai katil di Hospital Serdang pon tak cukup.
Discharge ward pada 3.1.2015. Alhamdulillah DR sahkan Paklang pulih dan boleh balik rumah. Setiba di rumah terus dikunjungi rakan2 kelab Kereta Kajang Livinian.. terharu dengan keperihatinan mereka..
TERIMA KASIH KALIVIAN
Tanggal 7.1.2015 Maklang Nang pulak disahkan POSITIF DENGGI..dan terus dibawa ke Hospital Serdang
Ambulans yang bawak Maklang. Setiba di Hospital Serdang terus dibawa ke A&E dan ditahan sehingga jam 12 malam, kemudian DR bagi Maklang balik dan perlu mengambil darah setiap hari di Klinik Kesihatan BBB sehingga disahkan pulih.
Bermula la operasi mencari KETAM NIPAH
Alhamdulillah beli sekilo RM58 ...duit boleh cari... hehehe
Siap disiang untuk masak sup
Ready to eat...
Lepas Maklang disahkan pulih sikit, Nur Amalia (Anak Merdeka) pula positif DENGGI.
Hari2 ulang alik ambil darah semenjak 6.1.2015
Selang satu hari Muhammad Darwisy pulak demam dan disahkan positif DENGGI..
Beli lagi 4 ekoq untuk Amalia & Darwisy pulak ..
sekilo RM48 pulak..beli 2 kilo 4 ekoq...
Alhamdulillah tanggal 20.1.2015 semuanya telah pulih dari demam DENGGI.
Darwisy dah kembali berselera makan
Kakak juga dah berselera siap mintak makan Chicken Chop lagi...
Sesungguhnya demam dan sakit itu adalah ujian dari Allah Yang Maha Esa. DIA lebih mengetahui tahap penerimaan ujian terhadap hambaNya.. Ada hikmah disebaliknya..
kesabaran ..
ketabahan ..
kasih sayang..
dan
ikhtiar
adalah resepi merawat anak2 dan Isteri semasa sakit.
Ikhtiar dari kita ..Allah yang menyembuhkannya..
0 Response to "DEMAM DENGGI 1 FAMILY"
Post a Comment